expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 26, 2011

Charlie Bit Me

Assalamualaikum..
Saya nak kongsi satu video yang mampu membuatkan anda tersenyum
jika anda berduka..hu2..Video ni dah agak lama jugak,tapi xpelah.
sebab cute sangat..-p


Thursday, August 25, 2011

Penghujung Ramadhan,Permulaan Syawal..


Assalamualaikum...
Harap sahabat2 sihat selalu.
Esok balik rumah.Yes.Alhamdulillah..Setelah hampir sebulan tak balik..(baru sebulan)hu2
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.Awalke??huhu.
Nanti busy pulak kat umah,tak sempat nak ucapkan..-p
Jadi,saya nak mohon maaf banyak2..
Dalam menulis blog ni atau sesiapa sajala yang kenal saya.pernah tegur ke di alam maya ni..
Pasti ada tersilap di mana2..sebab manusia ni sentiasa tak lepas melakukan kesilapan
walau dalam kebaikan..
Tapi kita cuba yang terbaik kan..-)

Namun,sekarangni masih ada baki beberapa hari Ramadhan saja lagi
Mudah-mudahan kita tak sia-siakan..
Bulan yang penuh keberkatan ni..
Cubalah..banyakkan doa2..dan amalan2 lain..
Dan bila dah menjelang Syawal,
mudah-mudahan amalan2 extra yang kita mula buat
di bulan Ramadhan akan diteruskan dan diamalkan di bulan2 yang lain..
InsyaAllah..

Kepada sahabat2 yang nak exam lepas raya,
Saya pasti ada banyak exam menanti lepas raya ni..hu2
Sama2kan doakan mereka..amin -)

p/s:lega sebab dah lepas exam jugak..hu2

Monday, August 15, 2011

Alahai..Nafsu Makan

Lawanya buahni -p

Assalamualaikum..
Saya harap sahabat pembaca semua sihat walafiat -)
Dalam otakni sebenarnya banyak benda nak ditulis..tapi
sebab saya agak sibuk skit 2/3 minggu ni..jadi xtertulis2..hu2
Kali ni nak tulis ringkasje..pasal nafsu makan.

Sunday, August 7, 2011

The Pious Student


Kisah Abid Terpengaruh Oleh Godaan Syaitan


Wahab bin Munabbih adalah seorang sarjana sufi.Wahab bin Munabbih menceritakan,suatu ketika dahulu,  ada seorang ahli ibadah (abid ) dalam kalangan Bani Israel,yang paling rajin beribadah pada zamannya. 


Kemudian datang tiga orang lelaki bersaudara yang mempunyai seorang adik perempuan yang masih gadis. Ketika ada seruan supaya ikut berperang, tiga saudara itu bingung hendak ditinggalkan kepada siapa adiknya itu.


Kemudian mereka sepakat untuk meninggalkan adiknya itu kepada abid Bani Israel tersebut.Kerana hanya kepada dialah mereka percaya bahawa adiknya itu akan aman dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka lalu berangkat menuju ke rumah abid itu lalu menyampaikan maksud kedatangan mereka kepadanya.

Saturday, August 6, 2011

Berubahlah,Lawanlah Nafsu


Assalamualaikum..sahabat dan pembaca semua..
Bagaimana dengan Ramadhan kita hari ini?Pejam celik2,sudah 5 hari kita berpuasa.
Mudah-mudahan pengisian masa kita pada bulan Ramadhan lebih baik dari hari ke hari.Pada bulan inilah peluang kita menggunakan kesempatan yang ada untuk memperbanyakkan amalan,kerana ganjarannya sangatlah besar.
Ramadhan hanyalah datang sekali setahun,dan sebulan mungkin kita rasakan agak lama,
tetapi sebulan itu akan berlalu tanpa disedari dengan sangat pantas.,sampaikan bila kita fikir semula,apakah yang telah kita buat sepanjang Ramadhan ini?
Jadi,gunakanlah masa yang ada untuk kita muhasabah diri semula,dan berniatlah,mulalah untuk berubah.

Tuesday, August 2, 2011

Checklist Ramadhan



Assalamualaikum..
Semoga anda semua sihat walafiat,Alhamdulillah..
Baru-baru ini saya ada baca Solusi keluaran Ogos di rumah
Memang menarik,tajuk dan pengisiannya,cuma tak berkesempatan nak baca
habis sebab nak balik tempat studi sudah..
Tapi saya sempat flip through the pages..memang banyak info menarik
Cover pun cantik dan besar,dan ada bonus checklist Ramadhan!!
Saya sangat tertarik,memang bagus untuk jadikan panduan.
Sekurang-kurangnya kita tahu apa amalan-amalan yang kita patut perbanyakkan di bulan Ramadhan,ataupun amalan2 wajib yang perlu dikekalkan,dan dijaga.