expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 14, 2011

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



Assalamualaikum..apa khabar semua??harap sihat..Alhamdulillah..-)
Nampaknya,dah seminggu xupdate..hu2..agak sibuk..bila balik bilik penat.Malam ngantuk,tapi kerja dan benda nak study pun banyak..minta maafla ye..Saya tak sempat nak buat entri sendiri,jadi saya hanya kongsi info2 yang saya baca di mana2 yer -) Kesempatan ini saya nak guna untuk kongsi pasal perkara yang boleh menyebabkan kerosakan otak...
Otak ni nak kena jaga..dan kena pastikan aktif..kalau x,alamat berkarat,nyanyuk dan Alzheimerla..hu2..Saya pun tengah berusaha nak kuatkan ingatan..faktor makanan,exercise,mental stimulation,tidur cukup,solat,stress management,dan apa yang kita lihat/buat pun mempengaruhi ingatan..Bila asyik lupa je..boleh jadi tension..he2..
Ok,Selamat membaca dan beramal :-)

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


1.Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. 

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. 

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. 

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. 

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. 


ada banyak lagi..jika anda ada pendangan,sila-silalah komen -)


sumber:Halaqah.net


Mutiara kata hari ini:
"Bukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana membernarkan dirinya untuk menjadi bodoh".

Jadi,mari belajar dan menimba ilmu..Wassalam

6 comments:

Mohd Yusuf said...

lepas nie sy kena kurangkan tido la....ha3

byk dh berfikir tapi tak tahu la tgh fikir apa... :D

Thanks 4 sharing.

s a r said...

assalamualaikum cek.

busy snagt kaw ye :D

thanks for sharing but, terlebih imaginasi pun tak boleh gak. melayang2 je nanti.

~ahaha

AleeyaLiya said...

Salam akak..
liya selesema j..rasa nak demam ..
jadi selepas nie liya xleh ttup muka la masa tidur.. (tabiat tu) kene buabng tabiat lama..hehee

kyo_9 said...

hmm..
kalo kurang makan plak camne>?
agak2 leh rosakkan otat gak ke?

alif haris said...

terima kasih kak :)

jom kita jaga otak kita :D hehe^^

dreamygirl said...

@yusof:yup..terlebih tido mematikan otak..xtahu fikir ape?hu2

@sar:mn ade busy sangat..busy2 macam mane pun,ada benda lagi penting kena buatkan..hu2..fikir n imaginasi tu lainkan?he2

@leeya:siannye..mudah2an sembuh cepat..rindu leeya -)

@kyo:'kurang makan'ni banyak maksud..kalo dengan cara berpuasa,bagusla..kurangkan makan makanan yang xsihat bagus,kalau kurang makan tetapi masih ambil sumber nutrient yang mencukupi,baguslah.Jangan disebabkan kurang makantu menyebabkan masalah kurang zat pulak..lagipun setiap kali kita makan,hanya 1/3 je patut isi dengan makanan,lainnya dengan air dan udara :-)

@alif:welcome..yer,jom jaga otak.dah berkarat dah ni..hu2..
:-)