expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 14, 2011

Penjelasan Tentang Pembekuan Kos Perubatan




Assalamualaikum..
Sekarang ni saya nak jelaskan dan betulkan kekeliruan tentang 
pembekuan kos perubatan ni..
Masa mula2 baca kenyataan tentang ni,
Saya rasa dan pastila ramai yang salah faham..
Yelah,dah tajuk keluar kat paper pun
"Pengambilan Pelajar Perubatan Dibekukan"
Kalo korang baca,mesti terfikir gak lepas ni xamik student medik lagi ker??
Sampai 5 tahun pulak tu??xke pelik  jugak..
Patutla ramai ibubapa dan pelajar pun pening..
Orang yang confuse pasal ni termasuklah saya sendiri dan kawan2 pun..
Kadang2 bila saya berborak dengan orang lain pasal ni,
memang nampakla ramai yang salah faham jugak..hu2..
Lagi2 yang hanya baca sekali,pastu xcek dah kan..
Jadi,kat sini saya nak betulkan kesilapan saya dan salah faham dengan 
maksud sebenar kerajaan..
dan diharap semua pembaca pun dapat input... -)


Sebenarnya,pernyataan tu merujuk kepada kos perubatan yang baru nak ditubuhkan
di mana2 universiti..
Kos perubatan yang dah sedia ada di universiti tetap akan ambil pelajar..
Cuba baca lebih lanjut kat bawah ni..







BERITA HARIAN ONLINE
2011/05/08

Pembekuan hanya bagi pembukaan fakulti perubatan baru: Khaled


COPENHAGEN: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan keputusan melaksanakan moratorium atau pembekuan itu hanya dibuat terhadap pembukaan fakulti perubatan baru di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bukannya dalam soal pengambilan pelajar baru dalam bidang perubatan. 


Moratorium itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.

"Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil pelajar perubatan tidak betul, yang tidak dibenarkan (ialah pembukaan) sekolah perubatan baru. Ia juga tidak babitkan soal penghantaran pelajar luar negara," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut Malaysia di Denmark di sini, hari ini.


Beliau berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME). 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk berucap pada sesi plenari persidangan itu esok. 

Mohamed Khaled berkata, langkah pelaksanaan moratorium itu tidak akan menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengambilan pelajar di IPT yang menawarkan program perubatan sedia ada mampu melahirkan bilangan pegawai perubatan yang mencukupi. 

"Pada masa ini terdapat 33 IPT menawarkan program perubatan, 10 daripadanya adalah institusi pengajian awam dan selebihnya swasta, yang diyakini berkeupayaan menjana nisbah seorang pegawai perubatan bagi 400 penduduk (1:400)pada 2020, katanya. 
Ditanya sama ada terdapat IPT yang memohon untuk menubuhkan fakulti baru untuk program perubatan, beliau berkata kementerian tidak menerima permohonan baru untuk membuka fakulti perubatan. 

"Tidak ramai yang tunggu (untuk memohon), sekurang-kurang tidak perlu mana-mana universiti cuba nak mohon fakulti perubatan, 33 sudah mencukupi," katanya. 

Mohamed Khaled juga menjelaskan bahawa moratorium itu dilaksanakan bagi membolehkan usaha meningkatkan kualiti pengajian di fakulti perubatan sedia ada dapat dipertingkatkan bagi melahirkan pegawai perubatan yang berkualiti. 

Katanya, kualiti pegawai perubatan yang menjalani latihan umpamanya boleh terjejas berikutan "kesesakan" pegawai perubatan yang menjalani latihan di hospital kerana bilangan yang kini menjalani penempatan latihan tu semakin meningkat. 


Selain itu, katanya, fakuti perubatan sedia ada juga berhadapan dengan masalah mendapatkan tenaga pengajar berkualiti. 

"Dengan adanya moratorium, dapatlah kita beri tumpuan untuk tingkatkan kualiti sekolah-sekolah perubatan sedia ada. 

"Masa moratorium inilah usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah, kurikulum, peralatan dan sebagainya," katanya. - BERNAMA



Untuk additional info,cuba baca kat sini:penjelasan kekeliruan beku kos perubatan


Hiasan semata -p

Kesimpulannya,
saya rasa mesti lega jugakla para pelajar/ibubapa baca kenyataan ni..
Macam mana pun,gunakanlah pelung yang ada ni..
Oh ya,Saya baru je tefikir2 pasal adik kesayangan saya ni..he2
Die nak amek kos ape yer??
Akaun?dentistry?business??hmm..ape lagi erk??
Ceh,macam saya pulak yang nak belajar,nak pilih2 utk dia pulak..he3..
Tadi baru dapat tahu dia dapat pulak kos medik..hu2..
Syukur,Al-Hamdulillah..harap2 dia dapat buat yang terbaik -)
Lagi satu dia cakapla,kalo nak apply biasiswa luar negara,result mesti at least 8A+..
Saya tak cek lagi pasal ni..xtaupun..tapi saya ada baca kat website ni..
kenyataan dari paper jugakla..
Kalo nak tau,klik sini Tawaran biasiswa luar negara untuk 8A+ sahaja



No comments: