expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 8, 2011

Pengambilan pelajar perubatan dibekukan

Katak bawah tempurung..hu2..


Salam..
Saya dapat berita ni dari kawan..hu2..
Inilah jadinya kalau malas baca suratkhabar atau tengok berita.
Dahla paper xbaca,berita pun xtengok..parah2..
Memang macam katak bawah tempurung..hu2..
Cuma sekali sekala je bukak berita online..
Macam manepon,ni saya dapat dari kosmo.
Last week saya tengok berita(sebab balik rumah)he2..
Tapi masatu,xde pon dengar orang cite,ura2 ke..
Family saya pon xcakap ape..sebab adik nak ambik medic..
Kalo ad khabartu,mesti dia cerita kat saya..hmm..
Maksudnya memang baru lagilani..kuar kat paper harini.
Just nak kongsi bagi sesiapa yang xtau lagi..kot..he2..-p



Kosmo,7Mei 2011

Elak lambakan doktor kelas tiga


NEGARA sentiasa memerlukan doktor berkualiti tinggi. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula.
“Ketika ini ramai pelajar boleh mendaftar kursus perubatan dengan mudah walaupun mereka sebenarnya tidak layak. “Mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas apabila sudah bekerja nanti,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan kursus baharu perubatan di IPT tempatan berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2016. Tindakan itu dilakukan bagi memastikan pelajar perubatan mendapatkan latihan yang berkualiti dan menjadi seorang pegawai perubatan berdaya saing.
Kwang Leng menjelaskan, semua IPT di negara ini sama ada ia milik kerajaan mahupun swasta, bertanggungjawab sepenuhnya dalam melahirkan pegawai perubatan berkualiti tinggi. “Jika pelajar terbabit tidak mampu bersedia daripada semua segi, bayangkan bagaimana mereka hendak berdepan dengan pesakit yang kritikal. “Kita perlu melatih doktor yang terbaik dengan kualiti yang terbaik,” katanya. Pada masa ini nisbah jumlah pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:1000. Bagaimanapun kementerian percaya bahawa nisbah 1:400 dapat dicapai menjelang 2020 biarpun pembekuan tersebut dilakukan.

Komen saya

Yang bagusnya
Kurangkan persaingan dan penempatan doktor2 di hospital.
Kat hospital pon sekarang ni dah banyak houseman n pelajar perubatan..
Rasanya cukup dah nak mencapai nisbah doktor untuk pesakit.
Dan bak kata kerajaan-kurangkan kelahiran doktor2 yang tak berkualiti

Yang tak bagusnya
Saya rasa kesianla kat budak2 yang muda ni..
Bayangkan 5 tahun dibekukan..5 tahun xleh ambik pelajar perubatan baru.
Jadi,macam mana dengan budak2 yang dah study betul2 yang dah berazam memang nak 
jadi doktor?
Kalo student tu xde niat pon nak jadi doktor,tapi pilih sebab medic tu good course or family suruh ,xdelah kecewa mane..mungkin lega kot-sebab xyah jadi dr(tu kalo kena paksa dengan parents la..he2)
Kalo dikurangkan xperla jugak kot..ni dibeku selama 5 tahun..
Dulu,time saya belaja dulu,ke mana pergi masing2 gesa suruh jd doktor,maklumla masa tu kos ni sangat perlukan perintis.Houseman xbanyak,kesian,banyak pressure kat dorang.
Prestasi dan kualiti kerja pun mungkin  terjejas,sebab houseman keletihan xcukup tido kena buat overtime...Bahaya gak kan,takut affect pesakit..
So sejak dan selepas tahun SPM saya dulu,adalah dalam 5 tahun lepas..rasanya semakin berlambak2 pulak pengambilan pelajar perubatan..uni private,tempatan,oversea..
Negara kita adalah yang antara yang paling banyak pengambilannya..dengan banyak new private college ditubuhkan..macam course yang cendawan tumbuh selepas hujan..hu2
Sepatutnya dari dulu kena ada kuota kan..
Tapi nak buat camane..dah berlaku..so hanya tindakan drastikni dibuat..
Kesian je saya tengok budak2 yang nak dapat scholarship untuk perubatan..sekarang ni..dah dapat result baik pon,jangan harapla..hu2
Tapi,bagi keluarga yang mampu tu mungkin boleh hantar anak2 untuk belajar di luar negara kot..n practice kat sane...
Sebenarnya,kesian kat adik dan kawan2nya saya jugak,sebab dia nak ambil kos tu,tapi confirm2 lah xdapat.Tapi nasib baik dia bukanla desperate,sebab dia minat benda lain jugak..he2..Xderla frust menonggeng..Takpe,saya akan sokong ape aje kos die nak ambik!!he2

Macam manapun,bukan course ni saja boleh berbakti kepada masyarakat,banyak lagi..
Kalau nak kerja gaji besar,supaya dapat menderma lebih (he2) baik buat business..he2..
Selagi ada daya,berbaktilah dengan apa2 pekerjaan dengan cara yang halal -p



6 comments:

fieza_pjah said...

macam mane plak dgan pelajar yg kini berda dlam asasi perubatan..?boleh ke mreke semua layak untuk smbung ke peringkat ijazah perubatan?

dreamygirl said...

kenapa x??bolehla kan..sebenarnya ada salah faham dengan pernyataan di atasni..cuba baca entry saya yang ni>>http://dreamygirl-inspirasihidupku.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-pembekuan-kos.html

aku kecil said...

utk pengambilan SPA pown akan dibekukan selama 2 tahun..nk kje ape jek skang ni...??ngeeeeeee~sabor jelah..

dreamygirl said...

ye??sabarjelah ye :-)

Anonymous said...

Ooi bangak jgn x fhm.. Patutlh hangpa xleh jadi doktr. Ckp lain fhm lain. .. Bkn xde intake baru.. ADE.. cuma ipt yg sediada je boleh carry on intake.. Ipt yg xde medic dibekukan atau jgn hrp nk twr sbg kursus baru d ipt mrk.. Fhmmm..

nurul said...

Salam,To Mr anonymous,amboi bahasa.
-)

Cuba try baca post saya yang bertajuk- http://dreamygirl-inspirasihidupku.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-pembekuan-kos.html

Terima kasih -)